Selasa, 6 Julai 2010

INSPEKTOR KS 52002 MOHD SANI BIN IDRIS






























MAJLIS PENTAULIAHAN SUKSIS 2010 DI UNIV. MALAYA

25 Pelatih KOR SUKSIS Sulung UMP Terima Pentauliahan



Buat julung kalinya, kumpulan pertama seramai 25 pelatih kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima pentauliahan dengan pangkat Inspektor oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan.

Menurut Komandan Kor SUKSIS UMP, ACP/KS Profesor Dr. Abdul Jalil Borham berkata, semua pelatih yang menjalani latihan selama tiga tahun ini berjaya menamatkan ujian dengan cemerlang serta menepati syarat sebagai mana yang ditetapkan untuk ditauliahkan sebagai Inspektor Polis.

"Pelatih-pelatih ini telah berjaya menjalani saringan tapisan keselamatan, latihan fizikal, latihan undang-undang, ujian menembak dan latihan kepemimpinan bagi memastikan kumpulan pelatih ini memiliki kemahiran yang sama sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sempena istiadat itu, pelatih UMP dianugerahkan sebagai Pelatih Keseluruhan Terbaik kepada Inspektor Mohd Sani Idris yang merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

Menurut Mohd. Sani yang meminati bidang badan beruniform sejak di bangku sekolah lagi, beliau begitu gembira dengan penganugerahan yang diterima dan memberikannya lebih bersemangat untuk menjalankan tugas berbakti kepada masyarakat.

Sementara itu, Inspektor Zaidatul Izyan Zainal dan Inspektor Muhamad Nazumi Basuki, masing-masing menerima anugerah Pelatih Akademik dan Pelatih Latihan Luar Terbaik.

Dalam majlis tersebut, Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, mahasiswa yang menyertai kor SUKSIS ini akan dapat membantu pasukan polis mengumpulkan maklumat dan menjalankan kajian serta penyelidikan membanteras jenayah dan gejala sosial.

Titah baginda, mahasiswa merupakan generasi yang memiliki idealisme dan berpengetahuan tinggi. Pemikiran dinamik dan radikal siswa-siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) wajar diterokai untuk memberi input dalam menambah baik usaha dan memartabatkan imej polis.

Cetusan idea baharu daripada golongan generasi muda ini menghasilkan pemikiran kreatif membolehkan pasukan polis sentiasa berada di hadapan dalam menangani segala bentuk perubahan mendatang.

Raja Nazrin bertitah demikian dalam Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kor SUKSIS IPT di Padang Kawat PALAPES, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Sehingga kini, UMP mempunyai seramai 135 pelatih Kor SUKSIS dengan jumlah 16 orang jurulatih yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS, ASP Abdul Samad Othman dan lima orang Pegawai Kehormat sejak ianya ditubuhkan tiga tahun lalu.

Hadir sama Pendaftar UMP, ACP Tuan Haji Mustafa Ibrahim merangkap Timbalan Komandan Kor SUKSIS UMP dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Profesor Dr. Yuserrie Zainudin.


Disediakan Oleh : Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat Naib Canselor


http://community.ump.edu.my/ecommstaff/publicNewsBM.jsp?newsID=1039

Ahad, 20 Disember 2009

RAYA SUKSIS..2009






HARI RAYA SUKSIS UMP???? WHAT THE.....???? kalu korang nak taw, hari raya suksis ump ni baru saje diadakan julung-julung kalinya di UMP. semenjak kitorang masuk kat ump ni.. ni lah masenye yang pertama kali nak merasai hari-hari bahagia n hari raya bersama keluarga suksis ump ni.. seramai seratus lebey tyetamu yang datang.. huhu.. aku n de geng of roomate buat konsert mase malam majlis tuh.. perghh .gempak gop.. nyanyi lagu raye.. hok klakar nye.. org kate aku cam penyanyi 80 an gtu.. sapa ati... gambar2 bawah ni ketika majlis tuh... tengok r sendiri..