Sabtu, 28 Mac 2009

**tamat latihan di PULAPOR AYER HITAM***28 march 2009

aku & geng suksis yg lain meng'eksop' ketua polis negara ini (TAN SRI MUSA HASSAN) semasa tamat pembarisan pertaulihan anggota2 pulapor di ayer hitam.. masa ni org sibuk duk brgambr.. untung aku jadi 'bodyguard'.. hehe... kat bawah ni plok gmbar ngan geng2 pulapor yg tamat latihan dan baru je diberi pertaulihan atau diberi keneikan pangkat sebagai INSPEKTOR POLIS..fuhhh...










ni member rapat suksis aku..riduan(iwe)
n che amer
kalu dgr nk gmbr je.. ade lah muke demo2 tuh...macam aku gok r..huhu
blakang nih keter yg dinaiki oleh ketua polis negara semasa memerhati pembarisan di atas dataran kawad..







perghhh.. brgayerr





antara calon2 pelatih terbaik kor suksis ump 2009..







karaoke selepas abes lunch... nyanyi lagu mawi..







bersama pegawai kanan pulapol yg mempengerusikan majlis









bersalaman dgn KETUA POLIS NEGARA










"DATUK SRI MUSA HASAN"
gambar ni masa atas pentas, skuad suksis ump diminta membuat persembahan dan menyanyikan lagu dia atas stage depan khalayak ramai..seblom tu aku bergambar dgn BAND2 PULAPOR..















*lecturer manufacturing tecnology
*juga dipanggil 'mr hint' sebabnye slalu bg hint yg tepat kpd student semasa ujian,test maupon quiz..
*spotting person
*suke main futsal ngan student
*seorang photographer

*ustazah husna
*seorg yg lemah-lembut,sopan-satun,comel
*menagajar subj ISLAMIC INSTITUTON

*mr ngui wai keng
*mengajar Industry Design
*pantang kalau tgok student bawak "toyol" n g toilet lambat2... lebey2 lg masa test.





*mr azrul mohd adib
*ngajar Fluid Mechanic


*mr nasrul hadi
*subj electronic engineering
*bg lecture yg simple n cepat paham



*mr fadhlan
*subjet thermodynamic
*paling cool lecturer





di atas ni adalah lecturer2 yg mengajar aku di ump mase sem 4... thaun 2.. diorang cukup baik2... spotting ngan student...thank you to all of you my lecturers..nk jdikan student2 dia engineer yg berjayer..

*****suksis---latihan tembak m-16 n revolver di lapang sasat bukit rangin february 2009******
















slama 3 ari geng2 suksis ump menghadiri kursus dan latihan mengenai m-16 and revolver di ump....dlam kursus tu,kami diajar cara2 meleraikan komponen2 m-16 dan juga komponen revolver 1 per satu.... aku ambil masa lebey kurg 1.30 minit utk lerai n pasang balik senjata2 tuh.. byk ilmu aku dapat drp kursus tu mengenai senjata api..lepas seminggu tu, aku n de geng suksis yg lain buat lathan senjata api di luar iaitu di bukit rangin kuantan,pahang. kat ctulah ujian tembak dijalankan.. markah revolver n m-16 yg aku dapat masa ujian tuh lebih memuaskan.. gred 1...sem depan kalu wat latihan x pakai doh senjata api,pakai grenad plook..

*******suksis-berakit di sg pahang********






































KOR SUKSIS UJI KETAHANAN DI SUNGAI PAHANG

Oleh : AHMAD REDUAN BIN MOHD YUSOF
Penolong Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA)

Kuantan, 22 Mac 2009 - Kuala Sungai Pahang menjadi saksi ujian getir ketahanan pelatih Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (Suksis) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang sedang menjalani beberapa siri latihan lasak baru-baru ini.

Seramai 79 orang pelajar bersama lapan buah rakit dan diiringi 18 buah kayak dengan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Jabatan Pertahanan Awam 3, Pasukan Gerakan Marin dan jurulatih Kor Suksis UMP menyertai ekspedisi berakit pada kali ini .

Acara bermula sebaik sahaja Pendaftar UMP, Sup/KS Hj. Mustapha Ibrahim melepaskan satu das tembakan ke udara. Ekspedisi ini melibatkan beberapa laluan iaitu di Kampung Sg. Pinang, Kampung Pelak, Sekolah Kebangsaan Pelak, dan garisan penamat di Sekolah Menengah Kebangsan Paloh Hinai.


Majlis Penutup Pertandingan Ekspedisi Berakit Sg. Pahang Kor Suksis telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, SAC1 Datuk Sharifuddin Abd Ghani. Turut hadir ialah ADUN Pulau Manis , Yang Berhormat Khairuddin Mahmud, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang, ACP Junaidi Mashud, Komandan Kor Suksis UMP, ACP/KS Prof. Dr. Abd Jalil Borham dan Ketua Polis Daerah Pekan Supt. Yahya Othman.

Menurut Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA), Prof. Dr. Abd.Jalil Borham, aktiviti ini menekankan aspek kepemimpinan, team working, pemikiran kreatif dan mengekalkan tahap kepolisian.
Pembabitan dan kerjasama pihak Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Polis Negeri, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan jabatan-jabatan lain dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberi pendedahan dan pengalaman pelatih memahami dunia kepolisian melalui aktiviti luar dan lawatan.

Pelatih diminta mengekalkan prestasi sehingga tamat pertauliahan nanti. Pengalaman ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan pengajian malah apa yang penting peranan Kor Suksis dalam membantu pihak universiti dan masyarakat komuniti meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah serta memelihara ketenteraman awam,katanya.

Sehari sebelum ekspedisi bermula, pelajar mengadakan program kemasyarakatan dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Belimbing serta mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Belimbing.

Selain itu juga turut diadakan perlawanan bola sepak berkain pelikat antara pelatih Kor Suksis menentang penduduk kampung dan bacaan Tahlil dan Kenduri Doa Selamat di Masjid Tok Tuan.

Perlumbaan pecut yang bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai dan berakhir di Kem Usebika Kampung Paloh Hinai turut mendapat liputan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM).